Sunday 9 June 2013

Video akad nikah Ustaz Azhar Idrus bersama isteri No. 3

Izyan isteri Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan video akad nikah
isteri muda uai izyan isteri ustaz azhar idrus uai dan video akad nikah
Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra dengan panggilan UAI dikalangan peminatnya telah selamat melangsungkan perkahwinan kali yang ketiga di Hulu Klang, Gombak pada Sabtu 26 Mei 2013 kira-kira jam 11.52 pagi
Mengenai isteri baru beliau, Izyan berusia 27 tahun merupakan anak saudara Ketua PAS Cawangan Keramat Permai AU1, Omar Tahar
Berita pernikahan UAI ini mendapat perhatian umum di internet sehinggakan ada pihak mengambil kesempatan dengan tujuan mempolitikkan dan mensensasikan pernikahan UAI dek kerana beliau berkahwin dengan anak saudara Ketua PAS Cawangan Keramat Permai AU1, Omar Tahar
Menerusi laman sosial Facebook, ada yang mengucapkan tanhiah di atas pernikahan beliau, namun ada segelintir pihak melontarkan pelbagai perkataan yang negatif dan tidak sepatutnya dizahirkan oleh seorang yang mengaku dirinya Muslim
Umum ingin mengetahui, siapakah identiti isteri muda UAI selepas disiarkan dalam sebuah akhbar
izyan isteri muda ketiga uai izyan isteri ustaz azhar idrus uai dan video akad nikah
Berikut adalah secara ringkas mengenai Izyan isteri ketiga Ustaz Azhar Idrus
Nama : Izyan
Umur : 27 tahun
Status: Isteri Ketiga Ustaz Azhar Idrus
Tarikh Nikah: 26 Mei 2013
Asal : Bandar Pagoh, Muar, Johor
Tempat Menetap : Keramat Permai AU1, Hulu Klang, Gombak.
Lain-Lain : Anak saudara kepada Tuan Hj. Omar bin Taha
Pada majlis pernikahan itu, UAI turut ditemani oleh isteri pertama dan kedua beliau, Ustaz Azhar tampil dengan berjubah warna kelabu segak berkopiah nampak ceria melayan tetamu, kenalan dan sanak saudara yang hadir.

Sumber - mysumber.com

Identiti individu hina Nabi telah dikenal pasti..Rasakan lah Kali Ini

KEMAMAN 9 Jun - Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengenal pasti identiti dua individu yang didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W melalui laman sosial Facebook dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kementerian itu memandang serius kes penyalahgunaan Internet di negara ini, terutama membabitkan penyebaran fitnah dan hasutan yang boleh menimbulkan keresahan dan kemarahan rakyat.

"Saya ingin mengingatkan setiap pengguna Internet di negara ini bahawa mereka tidak akan terlepas dari undang-undang, walaupun perlakuan atau penyataan mereka di laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan blog itu adalah atas dasar peribadi kerana ianya boleh mencetus provokasi di negara ini," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan jamuan rakyat di Felda Neram Satu, juga berkata kecanggihan teknologi membolehkan individu terbabit dikesan pihak berkuasa seperti kes-kes sebelum ini termasuk yang menghina Yang di-Pertuan Agong.

Kelmarin, dua akaun Facebook menggunakan nama "Calvin Gani" dan "Rakyat Anarki" mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini apabila memaparkan kenyataan menghina nabi.

Ditanya kemungkinan Malaysia menyekat akses media sosial seperti Facebook, Ahmad Shabery berkata, langkah itu tidak perlu buat masa ini kerana medium berkenaan juga mempunyai kebaikan yang dapat dimanfaatkan banyak pihak.

"Kita tidak akan mengharamkannya hanya kerana tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab...cuma rakyat perlu tahu pihak berkuasa tidak akan berdiam diri jika mereka menyalahgunakan penggunaan laman media sosial.

"Tetapi saya tidak menolak kemungkinan itu andainya terdapat penggunaan secara negatif yang keterlaluan hingga mendatangkan rasa resah, gelisah dan kemarahan di kalangan rakyat.....mungkin ketika itu kerajaan perlu menerima pandangan dan desakan dari pelbagai pihak untuk melakukannya," katanya.

Antara negara yang mengharamkan akses Facebook ialah China, Vietnam, Syria, Iran, Pakistan, Korea Utara dan Uzbekistan. - BERNAMA

Sunday 2 June 2013

ANWAR MEMANG NAK KUBUR DIA DIKENCING!!!


Kami ingin berpesan kepada Anwar, kamu boleh membuat berpuluh-puluh demo setiap minggu untuk mengkabui mata Lim Kit Siang dan DAP kononnya kamu bersama DAP. 

Kamu boleh menunjukkan kepada penyokong-penyokong kamu, kepada penyokong DAP dan sedikit penyokong PAS yang terpengaruh, dengan menunjukkan kamu bagaikan Hero di tengah himpunan kamu. 

Namun, saya ingin ulangi, kamu tidak boleh menipu semua orang pada semua masa!

Kepada Anwar, kamu boleh membuat tawaran, kamu boleh bertawaran juga kepada masa dan keadaan, kamu boleh meminta masa dipanjangkan lagi, kamu juga boleh menidakkan semua kawan-kawan kamu dengan sekelip mata.

Namun kamu Anwar harus ingat, cara kamu Mengkhianati DAP selicik mana pun, jika esok kamu kedapatan dan ketahuan, seluruh keturunan Lim Kit Siang dan Karpal Singh, bukan saja akan menghina kamu, tetapi juga seluruh umat Islam dan bangsa Melayu turut terpalit. 

Yang saya paling bimbang, kubur kamu pun akan mereka kencing dek kemarahan yang teramat sangat.
Nampaknya beberapa pemimpin besar PAS seakan sudah dapat mencium percaturan poliitik kamu dan masa depan politik Nurul Izzah dan keturunan kamu yang akan datang.

Nampaknya, cara PAS menolak menyertai demo-demo kamu seakan mereka sudah dapat mencium bau busuk dalam percaturan politik kamu pasca PRU13 ini.

PERSOALAN

Anwar kamu jangan bertanya bagaimana saya tahu percaturan kamu. Anak-anak muda yang baru berkecimpung dalam politik dan penulisan politik, kamu boleh tutup pandangan dan minda kamu. Tetapi kepada saya, kamu harus berhati-hati.

Saya bukan pasukan polis, saya bukan dari UMNO dan BN, saya berada beberapa langkah selepas kamu melangkah di mana-mana! Ini adalah kerja saya sejak sekian lama, saya cukup latihan untuk mendedahkan pengkhianatan kamu kepada DAP. 

Oleh kerana kamu Anwar masih menghitung masa, saya juga turut menghitung masa,kerana saya sendiri tidak mahu mendahului kamu, malahan saya ingin menyokong perhitungan terakhir politik kamu ini.

Kamu tidak perlu risau, saya tahu kamu menggunaan siapa di Washington dan di CIA untuk mendesak Malaysia, saya tahu siapa rakan kamu di Turki, dan saya tahu siapa di Thailand dan di China yang menjadi penyokong kamu, dan kamu pasti terkejut bagaimana saya tahu kamu dibiayai oleh sebuah Syarikat Besar negara jiran untuk menggerakkan himpunan-himpunan politik kamu itu.

Kamu boleh terus berfantasi di hadapan penyokong kamu kononnya kamu Perdana Menteri Malaysia di dalam imaginasi kamu, kamu boleh terus menipu penyokong kamu kononnya kamu Perdana Menteri kerana egois kamu itu, tetapi kamu Anwar akan menerima padah yang paling besar dalam hidup kamu kerana kamu telah cuba mengkhianati DAP! - MyMassa
 

TERBARU :8 SYARIKAT UTAMA YANG PERLU DI BOIKOT BANKRAPKAN..KERANA SOKONG DEMONSTRASI JALANAN !

Hot ! Bos Red Bean Army Di Bayar 7k Sebulan Oleh GLC Negeri Pulau Pinang!?

Hot ! Bos Red Bean Army Di Bayar 7k Sebulan Oleh GLC Negeri Pulau Pinang!?

Kecoh seantero negara tentang Red Bean Army,sudah menjadi rahsia umum sejak beberapa tahun kumpulan ini dibayar sepenuhnya oleh kroni DAP. Menurut sumber Pisau, khabarnya sebahagian payroll tentera kacang ini ditanggung oleh syarikat kontraktor kroni kepada ketua menteri regim DAP Pulau Pinang.
Ada juga tentera kacang ini dibayar gaji mereka oleh syarikat GLC kerajaan negeri.Contohnya April 2012 Ultrakiasu rasis chauvanis Lim Guan Eng  telah melantik seorang blogger DAP Chris See Lee sebagai pengurus didalam salah sebuah syarikat GLC negeri .
Hebat! Blogger DAP di lantik Lim Guan Eng sebagai pengurus di PDCC  secara terus tanpa melalui sebarang proses temuduga dengan gaji bulanan sekitar RM7ribu sebulan. Menurut sumber,Chris Lee juga adalah sebahagian daripada Red Bean Army ,sejauh mana penglibatan beliau harus disiasat oleh pihak Polis.
Dikhabarkan ketika itu… arahan diberikan oleh Lim Guan Eng kepada Bos Besar PDCC En Iskandar (anti melayu proksi DAP) agar memberi jawatan sebagai pengurus kepada Chris Lee.
Yang menjadi persoalan kenapa dan mengapa Chris Lee di lantik sebagai pengurus di sebuah syarikat konsultan PDC sedangkan lebih ramai lagi yang berkelayakan dan sesuai berada didalam PDCC. Blogger ini hanyalah lulusan IT dan tidak ada kena mengena dengan kejuruteraan sivil mahu pun berpengalaman dalam mana mana bidang pembinaan.
Apa yang hebat sangat hingga dilantik tanpa perlu melalui proses temuduga? Adakah perlantikan Chris Lee hanyalah sebagai turn key  membayar gaji beliau untuk membuat kerja propaganda DAP yang langsung tidak membabitkan urusan kerja PDCC sama sekali.?


Sumber: pisau.net

Thursday 30 May 2013

[GAMBAR2]PANAS !!!! TAK ADA KERJA CARI KERJA MAHASEWEL BERKEMAH DEPAN PENJARA DEMI SAFWAN ANANG !!!!




Anak-anak muda ini telah berkhemah depan penjara Sungai Buluh sebagai tanda sokongan solidariti mereka kepada mahasiswa penyokong Pakatan Pembangkang iaitu Safwan Anang yang tidak mahu dijamin walaupun ada orang yang mahu menjaminnya tempoh hari.

Isteri Safwan, Masturah sempat jua memberikan ucapan dihadapan kumpulan berkenaan. Beliau melahirkan rasa sebak dan terharu dengan sokongan kumpulan tersebut terhadap suaminya yang dikatakan datang sejauh dari Terengganu. 


Menurut Mastura, ini bukan kali pertama suaminya ditangkap sepanjang dua tahun perkahwinan mereka. Pada awal perkahwinan mereka suaminya pernah ditangkap oleh polis di hadapan UPSI.

Sebelum ini, Safwan Anang adalah antara empat orang pemimpin NGO dan Pakatan Rakyat yang ditahan mengikut Akta Hasutan dalam operasi pada malam semalam dan dituduh di mahkamah sesyen Jalan Duta Kuala Lumpur dibawah Seksyen 4(1)(b) akta yang sama. 


Mahkamah membenarkan keempat-empat individu tersebut diikat jamin RM5,000 setiap seorang, namun Safwan enggan diikat jamin.

Seorang lagi aktivis, Hishamuddin Rais yang dikehendaki polis atas dakwaan kesalahan sama, turut menyerah diri di hadapan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beliau mengaku tidak bersalah apabila pendakwaan dilakukan secara berasingan ke atasnya selepas itu, mengikut undang-undang sama.


Kesemua lima individu berkenaan didakwa melakukan kesalahan tersebut di antara jan 8.55pm hingga 11.15pm pada 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Mereka didakwa menyebut kata-kata menghasut, yang didakwa cenderung membangkitkan rakyat untuk mengubah kerajaan dengan cara yang tidak sah.