Sunday 2 June 2013

ANWAR MEMANG NAK KUBUR DIA DIKENCING!!!


Kami ingin berpesan kepada Anwar, kamu boleh membuat berpuluh-puluh demo setiap minggu untuk mengkabui mata Lim Kit Siang dan DAP kononnya kamu bersama DAP. 

Kamu boleh menunjukkan kepada penyokong-penyokong kamu, kepada penyokong DAP dan sedikit penyokong PAS yang terpengaruh, dengan menunjukkan kamu bagaikan Hero di tengah himpunan kamu. 

Namun, saya ingin ulangi, kamu tidak boleh menipu semua orang pada semua masa!

Kepada Anwar, kamu boleh membuat tawaran, kamu boleh bertawaran juga kepada masa dan keadaan, kamu boleh meminta masa dipanjangkan lagi, kamu juga boleh menidakkan semua kawan-kawan kamu dengan sekelip mata.

Namun kamu Anwar harus ingat, cara kamu Mengkhianati DAP selicik mana pun, jika esok kamu kedapatan dan ketahuan, seluruh keturunan Lim Kit Siang dan Karpal Singh, bukan saja akan menghina kamu, tetapi juga seluruh umat Islam dan bangsa Melayu turut terpalit. 

Yang saya paling bimbang, kubur kamu pun akan mereka kencing dek kemarahan yang teramat sangat.
Nampaknya beberapa pemimpin besar PAS seakan sudah dapat mencium percaturan poliitik kamu dan masa depan politik Nurul Izzah dan keturunan kamu yang akan datang.

Nampaknya, cara PAS menolak menyertai demo-demo kamu seakan mereka sudah dapat mencium bau busuk dalam percaturan politik kamu pasca PRU13 ini.

PERSOALAN

Anwar kamu jangan bertanya bagaimana saya tahu percaturan kamu. Anak-anak muda yang baru berkecimpung dalam politik dan penulisan politik, kamu boleh tutup pandangan dan minda kamu. Tetapi kepada saya, kamu harus berhati-hati.

Saya bukan pasukan polis, saya bukan dari UMNO dan BN, saya berada beberapa langkah selepas kamu melangkah di mana-mana! Ini adalah kerja saya sejak sekian lama, saya cukup latihan untuk mendedahkan pengkhianatan kamu kepada DAP. 

Oleh kerana kamu Anwar masih menghitung masa, saya juga turut menghitung masa,kerana saya sendiri tidak mahu mendahului kamu, malahan saya ingin menyokong perhitungan terakhir politik kamu ini.

Kamu tidak perlu risau, saya tahu kamu menggunaan siapa di Washington dan di CIA untuk mendesak Malaysia, saya tahu siapa rakan kamu di Turki, dan saya tahu siapa di Thailand dan di China yang menjadi penyokong kamu, dan kamu pasti terkejut bagaimana saya tahu kamu dibiayai oleh sebuah Syarikat Besar negara jiran untuk menggerakkan himpunan-himpunan politik kamu itu.

Kamu boleh terus berfantasi di hadapan penyokong kamu kononnya kamu Perdana Menteri Malaysia di dalam imaginasi kamu, kamu boleh terus menipu penyokong kamu kononnya kamu Perdana Menteri kerana egois kamu itu, tetapi kamu Anwar akan menerima padah yang paling besar dalam hidup kamu kerana kamu telah cuba mengkhianati DAP! - MyMassa
 

No comments:

Post a Comment