[GAMBAR2]PANAS !!!! TAK ADA KERJA CARI KERJA MAHASEWEL BERKEMAH DEPAN PENJARA DEMI SAFWAN ANANG !!!!
Isteri Safwan, Masturah sempat jua memberikan ucapan dihadapan kumpulan berkenaan. Beliau melahirkan rasa sebak dan terharu dengan sokongan kumpulan tersebut terhadap suaminya yang dikatakan datang sejauh dari Terengganu.
Menurut Mastura, ini bukan kali pertama suaminya ditangkap sepanjang dua tahun perkahwinan mereka. Pada awal perkahwinan mereka suaminya pernah ditangkap oleh polis di hadapan UPSI.
Sebelum ini, Safwan Anang adalah antara empat orang pemimpin NGO dan Pakatan Rakyat yang ditahan mengikut Akta Hasutan dalam operasi pada malam semalam dan dituduh di mahkamah sesyen Jalan Duta Kuala Lumpur dibawah Seksyen 4(1)(b) akta yang sama.
Mahkamah membenarkan keempat-empat individu tersebut diikat jamin RM5,000 setiap seorang, namun Safwan enggan diikat jamin.
Seorang lagi aktivis, Hishamuddin Rais yang dikehendaki polis atas dakwaan kesalahan sama, turut menyerah diri di hadapan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Beliau mengaku tidak bersalah apabila pendakwaan dilakukan secara berasingan ke atasnya selepas itu, mengikut undang-undang sama.
Kesemua lima individu berkenaan didakwa melakukan kesalahan tersebut di antara jan 8.55pm hingga 11.15pm pada 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.
Mereka didakwa menyebut kata-kata menghasut, yang didakwa cenderung membangkitkan rakyat untuk mengubah kerajaan dengan cara yang tidak sah.
No comments:
Post a Comment